Logo

Font Size

Profile

Tetapan

Soalan Lazim

  • PDF

Bahagian Khidmat Pengurusan

1. Berapa lama untuk memproses kad akses keselamatan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah?

Kad akses akan diproses dalam tempoh 24 jam. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi En. Faizul Amri bin Sarkom atau En. Mohd. Azwani bin Razab di talian 088-488881 sambungan 115.

2. Saya kehilangan kad akses keselamatan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Bagaimana saya boleh mendapatkan kad gantian?

Setiap kehilangan kad individu bagi kad akses keselamatan hendaklah dilaporkan kepada Pejabat ini melalui surat rasmi dari jabatan tuan / puan dengan menyertakan sekali borang permohonan beserta gambar dan bayaran denda sebanyak RM30 secara tunai atau wang pos atas nama "SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH".

3. Perlukah saya membuat laporan polis bagi setiap kes kehilangan kad akses keselamatan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah?

Tidak. Merujuk kepada Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011, PEMANSUHAN KEPERLUAN MENGEMUKAKAN LAPORAN POLIS YANG TIDAK MERUPAKAN SUATU KEHENDAK UNDANG-UNDANG DALAM BERURUSAN DENGAN AGENSI KERAJAAN, laporan polis adalah tidak lagi diperlukan.

4. Adakah kad akses keselamatan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah mempunyai tamat tempoh?

Ya. Setiap kad mempunyai tempoh sah selama 2 tahun bermula dari tarikh kad dikeluarkan. Sila rujuk pada muka belakang kad untuk mengetahui tarikh kad dikeluarkan. Sekiranya telah tamat tempoh, tuan / puan hendaklah menukar kepada kad yang baru dengan kadar yang segera bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul.

Terakhir dikemaskini pada on Sabtu, 17 Mac 2012 15:11

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
Aras 7, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Beg Berkunci No. 2063, Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel: 088 488881

Fax: 088 488889

Emel: psups@supsabah.jpm.my

LRQAMSC logo

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox

Hit paparan Kandungan : 15946
Tarikh dikemaskini
15 May 2012 08:18
RSS Feed
ANDA DI SINI: Soalan Lazim