Skip to content
PIAGAM PELANGGAN
- Memberi maklum balas bagi permohonan ruang pejabat baharu, tambahan, perpindahan atau pelanjutan ruang pejabat di bangunan swasta dalam tempoh 30 hari selepas dokumen lengkap diterima.
- Memberi maklum balas bagi permohonan ruang pejabat di Bangunan Gunasama Persekutuan dalam tempoh 30 hari selepas dokumen lengkap diterima.
- Mengeluarkan keputusan bagi permohonan penggunaan fasiliti di Bangunan Gunasama Persekutuan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Mengeluarkan keputusan bagi permohonan menduduki Kuarters Persekutuan dalam tempoh 60 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
- Memberi maklum balas tindakan terhadap aduan kecemasan penghuni kuarters yang melibatkan pembaikan segera dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh aduan diterima.
- Memberi maklum balas terhadap aduan kerosakan rutin penghuni kuarters dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima.
- Mengeluarkan keputusan permohonan pinjaman kenderaan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Memproses bayaran baucar dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan dokumen bayaran yang lengkap.
- Memproses permohonan kad baharu, penggantian atau pelanjutan tempoh kad akses kakitangan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.