HEBAHAN: TEMPAHAN KINI DIBUKA BAGI RUANG GUNASAMA EKSKLUSIF, ARAS 2, KPKPS

HEBAHAN KEPADA SEMUA JABATAN PERSEKUTUAN DAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN NEGERI SABAH 📣📣📣

Tempahan Telah Dibuka Bagi Penggunaan Ruang Gunasama Eksklusif di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS)

Assalamualaikum wbt dan Salam Malaysia Madani..

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (PSUPS) dengan sukacitanya ingin memaklumkan kepada semua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Sabah bahawa
Ruang Gunasama Eksklusif, Aras 2 Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS), Kota Kinabalu
kini dibuka untuk tempahan bagi penganjuran program dan mesyuarat rasmi Jabatan/ Badan Berkanun Persekutuan Sabah.

>>>> Keistimewaan Ruang Gunasama Ekslusif KPKPS <<<<

📉 Penjimatan Kos: Tiada caj perkhidmatan dikenakan bagi Government to Government (G2G)
Kemudahan Terbaik: Dilengkapi dengan sistem audio visual serba baharu serta kemudahan ruang menunggu / jamuan bagi VIP
🌟 Keselesaan Maksimum: Fasiliti moden dan suasana yang kondusif untuk mesyuarat, seminar, dan program-program rasmi.
📍 Lokasi Strategik: Terletak di Pusat Pentadbiran Persekutuan, Kota Kinabalu.

Semua Jabatan Persekutuan / Badan Berkanun Persekutuan Sabah dipelawa untuk membuat tempahan secara atas talian seperti di pautan berikut:
🔗 www.psupsabah.gov.my

Sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan, sila hubungi:
📞 Encik Francis Labi – 016-802 3456
📞 Puan Suzyanna Yap – 016-8040362
📧 E-mel perhubungan – e_fasiliti@psupsabah.gov.my

Sekian, terima kasih.

Scroll to Top